As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki
adalah salah seorang ulama Islam yang utama pada dasawarsa ini tanpa
diragukan lagi, ulama yang paling dihormati dan dicintai di kota suci
Makkah. Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadits di zaman kita, pemimpin
keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke
jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah
Islam turath.
Riwayat Hidup dan Keluarga
Kelahiran
As-Sayyid Muhammad Al-Hasani bin Alawi
bin Abbas bin Abdul Aziz, dilahirkan pada tahun 1365H atau 1946M, di
kota suci Mekkah, dalam keluarga Al-Maliki Al-Hasani yang terkenal,
keluarga Sayyid yang melahirkan ulama tradisi. Bapak beliau adalah
seorang ulama paling berilmu di Mekkah yang merupakan guru pertama dan
utama beliau, mengajar beliau secara peribadi di rumah dan juga di
Masjidil Haram, di mana beliau menghafal Al-Quran sejak kecil. Beliau
belajar dengan bapak beliau dan diizinkan untuk mengajar setiap kitab
yang diajarkan kepada beliau.
Keluarga Maliki merupakan salah satu
keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan alim ulama
besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah sejak lama. Lima orang
dari keturunan Sayyid Muhammad, telah menjadi Imam Mazhab Maliki di
Haram Makkah. Datuk beliau, Al-Sayyid Abbas Al-Maliki, merupakan Mufti
dan Qadhi Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang jawatan
ini ketika pemerintahan Uthmaniah serta Hashimiah, dan seterusnya terus
memegang jawatan tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul
Aziz bin Sa’ud sangat menghormati beliau. Riwayat Hidup beliau boleh
dirujuk pada kitab Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh
cucunya As-Sayyid Muhammad Al-Maliki.
Bapak beliau pula, As-Sayyid Alawi
Al-Maliki merupakan salah seorang ulama Makkah Termasyhur di abad yang
lalu. Beliau telah mengajar perbagai ilmu Islam turath di Masjidil Haram
selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusok dunia telah
mengambil faedah daripada beliau dari kuliah beliau di Masjidil Haram,
dan banyak di kalangan mereka telah memegang jawatan penting agama di
negara masing-masing.
Malah, Raja Faisal tidak akan membuat
apa-apa keputusan berkaitan Makkah melainkan setelah meminta nasihat
daripada As-Sayyid Alawi. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971
dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah sejak
seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari dari kematian beliau, Stesyen Radio
Saudi tempatan hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak
pernah dilakukan kecuali hanya untuk beliau.
Maklumat lanjut tentang As-Sayyid Alawi
boleh dirujuk kepada biografinya berjudul Safahat Musyriqah min Hayat
Al-Imam As-Sayyid As-Syarif Alawi bin Abbas Al-Maliki oleh anaknya, yang
juga merupakan adik kepada As-Sayyid Muhammad, As-Sayyid Abbas
Al-Maliki, juga seorang ulama, tetapi lebih dikenali dengan suara
merdunya dan pembaca Qasidah yang paling utama di Arab Saudi. Biografi
ini mengandungi tulisan berkenaan As-Sayyid Alawi dari ulama dari
seluruh dunia Islam.
Wafat
Beliau telah meninggalkan kita pada hari
Jumaat, 15 Ramadhan (bersesuaian dengan doanya untuk meninggal dunia
pada bulan Ramadhan), dalam keadaan berpuasa di rumahnya di Makkah.
Kematiannya amat mengejutkan. Ucapan takziah diucapkan dari seluruh
dunia Islam. Solat jenazah beliau dilakukan di seluruh pelusuk dunia.
Beliau telah pergi pada bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat.
Sholat jenazah pertama di rumah beliau
diimamkan oleh adiknya As-Sayyid Abbas, dan seterusnya di Masjidil Haram
dengan Imam Subayl, ratusan ribu manusia membanjiri upacara
pengebumiannya. Beliau dimakamkan di sebelah bapaknya, berhampiran maqam
dengan Sayyidah Khadijah. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau ada
menghubungi seorang pelajar lamanya di Indonesia melalui telepon dan
bertanyanya adakah dia akan datang ke Mekkah pada bulan Ramadhan.
Apabila dia menjawab tidak, Sayyid Muhammad bertanya pula, “tidakkah
engkau akan menghadiri penegebumianku?”
Silsilah Nasab
Keluarga Keturunan Sayyid merupakan
keturunan mulia yang bersambung secara langsung dengan junjungan kita
Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau merupakan waris
keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan
keturunan Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda,
Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu ‘Anhum.
- Sayyid Alawi bin Abbas Al Maliki (ayah)
- Sayyid Abbas Al Maliki bin Abdul Aziz Al Maliki (kakek)
- Abdul Aziz Al Maliki (ayah kakek)
Pendidikan
Pendidikan Awal dan Formal
Pendidikan pertamanya adalah Madrasah
Al-Falah –Makkah, dimana ayah beliau Sayyid Alwi bin Abbas Almaliki
sebagai guru agama di sekolah tersebut yang juga merangkap sebagai
pengajar di halaqah di Haram Makki yang tempatnya sangat masyhur dekat
Bab As-salam. Ayah beliau, As-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki, seorang
alim ulama terkenal dan ternama di kota Makkah. Dengan arahan bapaknya,
beliau juga turut mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu turath Islam:
Aqidah, Tafsir, Hadith, Feqh, Usul, Mustalah, Nahw dan lain-lain, di
tangan ulamak-ulamak besar lain di Makkah serta Madinah. Kesemua mereka
telah memberikan ijazah penuh kepada beliau untuk mengajar ilmu-ilmu ini
kepada orang lain. Ketika berumur 15 tahun lagi, As-Sayyid Muhammad
telah mengajar kitab-kitab Hadith dan Feqh di Masjidil Haram, kepada
pelajar-pelajar lain, dengan arahan guru-gurunya.
Persiapan menjadi penerus bapaknya
adalah dengan melanjutkan studi dan ta’limnya terlebih dahulu. Beliau
berangkat ke Kairo dan Universitas al-Azhar Assyarif merupakan
pilihanya. Setelah meraih S1, S2 dan S3 dalam fak Hadith dan Ushuluddin
beliau kembali ke Makkah untuk melanjutkan perjalanan yang telah di
tempuh sang ayah. Disamping mengajar di Masjidi Haram di halaqah, beliau
diangkat sebagai dosen di Universitas King Abdul Aziz- Jeddah dan
Univesitas Ummul Qura Makkah bagian ilmu Hadith dan Usuluddin.
Beliau menerima ijazah PhD daripada
Al-Azhar ketika berusia 25 tahun, menjadikan beliau warga Arab Saudi
yang pertama dan termuda menerima ijazah PhD dari Al-Azhar. Tesis beliau
berkenaan Hadith telah dianggap cemerlang dan menerima pujian yang
tinggi dari alim ulamak unggul di Al-Azhar ketika itu, seperti Imam Abu
Zahrah.
Cukup lama beliau menjalankan tugasnya
sebagai dosen di dua Universiatas tsb, sampai beliau memutuskan
mengundurkan diri dan memilih mengajar di Masjidil Haram sambil
menggarap untuk membuka majlis ta’lim dan pondok di rumah beliau. Adapun
pelajaran yang di berikan baik di masjid haram atau di rumah beliau
tidak berpoin kepada ilmu tertentu seperti di Universitas.
Silsilah Keilmuan
Perjalanan menuntut ilmu merupakan jalan
kebanyakan ulama, As-Sayid Muhammad turut tidak ketinggalan. Beliau
bermusafir sejak usia muda untuk menuntut ilmu dari mereka yang memiliki
ilmu. Beliau telah bermusafir dengan banyak ke Afrika Utara, Mesir,
Syria, Turki, dan Indonesia untuk belajar dari alim-ulama yang hebat,
bertemu para Wali Allah, menziarahi masjid-masjid dan maqam-maqam, serta
mengumpulkan manuskrip-manuskrip dan kitab.
Di setiap tempat ini, beliau menemui
para ulama dan auliya yang agung, dan mengambil faedah daripada mereka.
Mereka juga turut tertarik dengan pelajar muda dari Makkah ini dan
memberi perhatian istimewa untuk beliau. Kebanyakan mereka telah pun
sangat menghormati bapak beliau yang alim, dan merupakan satu kebanggaan
memiliki anak beliau sebagai murid.
Sistem pengajian tradisi atau turath
berasaskan kepada ijazah atau ‘keizinan untuk menyampaikan ilmu’. Bukan
semua orang boleh mengajar. Hanya mereka yang memiliki ijazah yang
diktiraf dari alim-ulama yang terkenal saja yang boleh mengajar. Setiap
cabang pengetahuan dan setiap kitab Hadith, Fiqih, Tafsir dan lain-lain,
mempunyai Sanad-sanad, atau rantaian riwayat yang bersambung, sehingga
kepada penyusun kitab tersebut sendiri melalui anak-anak muridnya dan
seterusnya anak-anak murid mereka. Banyak sanad-sanad yang penting,
seperti sanad Al-Qur’an, Hadith dan Tasawwuf, bersambung sehingga kepada
Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.
Sayyid Muhammad mendapat penghormatan
dengan menjadi Syekh dengan bilangan ijazah terbanyak dalam waktunya.
Beliau juga memiliki rantaian sanad terpendek atau terdekat dengan
datuknya, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam.
Di Tanah Arab, tanah kelahirannya, dan
dalam permusafiran ilmunya, As-Sayyid Muhammad mendapat lebih dari 200
ijazah dari alim-ulama teragung di zamannya, di setiap cabang ilmu
Islam. Ijazah beliau sendiri, yang beliau berikan kepada murid-muridnya
adalah antara yang paling berharga dan jarang di dunia, menghubungkan
anak-anak muridnya dengan sejumlah besar para ulamak agung.
Para Masyaikh yang memberikan As-Sayyid
Muhammad ijazah-ijazah mereka merupakan ulama besar dari seluruh dunia
Islam. Kita menyebutkan sebahagian mereka:
Makkah
- Bapa beliau yang alim dan guru beliau yang pertama, As-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki
- Syekh Muhammad Yahya Aman al-Makki
- Syekh al-Sayyid Muhammad al-Arabi al-Tabbani
- Syekh Hasan Sa‘id al-Yamani
- Syekh Hasan bin Muhammad al-Mashshat
- Syekh Muhammad Nur Sayf
- Syekh Muhammad Yasin al-Fadani
- Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi
- Al-Sayyid Ishaq bin Hashim ‘Azuz
- Habib Hasan bin Muhammad Fad‘aq
- Habib Abd-al-Qadir bin ‘Aydarus al-Bar
- Shaykh Khalil Abd-al-Qadir Taybah
- Shaykh Abd-Allah al-Lahji
Madinah
- Syekh Hasan al-Sha‘ir, Shaykh al-Qurra of Madinah
- Syekh Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri
- As Sayyid Ahmad Yasin al-Khiyari
- Syekh Muhammad al-Mustafa al-Alawi al-Shinqiti
- Syekh Ibrahim al-Khatani al-Bukhari
- Syekh Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi
Hadramawt dan Yaman
- Al Habib Umar bin Ahmad bin Sumayt, Imam Besar Hadramawt
- Syekh As-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yaman
- Syekh As-Sayyid Ibrahim bin Aqeel al-Ba-Alawi, Mufti Ta‘iz
- Al Imam al-Sayyid Ali bin Abd-al-Rahman al-Habshi
- Al Habib Alawi ibn Abd-Allah bin Shihab
- As Sayyid Hasan bin Abd-al-Bari al-Ahdal
- Syekh Fadhl bin Muhammad Ba-Fadhal
- Al Habib Abd-Allah bin Alawi al-Attas
- Al Habib Muhammad bin Salim bin Hafeez
- Al Habib Ahmad Mashhur al-Haddad
- Al Habib Abd-al-Qadir al-Saqqaf
Syria
- Syekh Abu-al-Yasar ibn Abidin, Mufti Syria
- Syekh As-Sayyid al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Maliki
- Syekh Muhammad As‘ad al-Abaji, Mufti Shafi‘i
- Syekh As-Sayyid Muhammad Salih al-Farfur
- Syekh Hasan Habannakah al-Maydani
- Syekh Abd-al-Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi
- Syekh Muhammad Sa‘id al-Idlabi al-Rifa‘i
Mesir
- Shaykh As-Sayyid Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Imam Hadith di Mesir
- Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf, Mufti Mesir
- Shaykh Salih al-Ja‘fari, Imam Masjid Al-Azhar
- Shaykh Amin Mahmud Khattab al-Subki
- Shaykh Muhammad al-‘Aquri
- Shaykh Hasan al-‘Adawi
- Shaykh As-Sayyid Muhammad Abu-al-‘Uyun al-Khalwati
- Shaykh Dr. Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar
Afrika Utara (Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia
- Shaykh As-Sayyid As-Sharif Abd-al-Kabir al-Saqali al-Mahi
- Shaykh As-Sayyid Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadith
- Shaykh As-Sayyid Abd-al-Aziz bin Al-Siddiq al-Ghimari
- As-Sharif Idris al-Sanusi, Raja Libya
- Shaykh Muhammad At-Tahir ibn ‘Ashur, Imam Zaytunah, Tunis
- Shaykh al-Tayyib Al-Muhaji al-Jaza’iri
- Shaykh Al-Faruqi Al-Rahhali Al-Marrakashi
- Shaykh As-Sayyid As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani
Sudan
- Shaykh Yusuf Hamad An-Nil
- Shaykh Muddassir Ibrahim
- Shaykh Ibrahim Abu-an-Nur
- Shaykh At-Tayyib Abu-Qinayah
Asia
- Shaykh Abu-al-Wafa al-Afghani Al-Hanafi
- Shaykh Abd-al-Mu‘id Khan Hyderabadi
- Al-Imam Al’Arif Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi, Mufti India
- Mufti Muhammad Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan
- Mawlana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadith
- Mawlana Zafar Ahmad Thanawi
- Shaykh Al-Muhaddith Habib-al-Rahman Al-‘Azami
- Sayyid Abu-al-Hasan Ali An-Nadawi
- KH Abdullah Faqih
- KH Maimun Zubair
- KH Muhammad Martain Karim
Penerus Beliau
Murid
Semua pelajaran yang diberikannya bisa
diterima semua masyarakat baik masyarakat awam atau terpelajar, maka
dari itu beliau selalu menitik-beratkan untuk membuat rumah yang lebih
besar dan bisa menampung lebih dari 500 murid per hari yang biasa
dilakukan selepas sholat Maghrib sampai Isya di rumahnya di Hay al
Rashifah. Begitu pula setiap bulan Ramadan dan hari raya beliau selalu
menerima semua tamu dan muridnya dengan tangan terbuka tanpa memilih
golongan atau derajat. Semua mendapat penghargaan yang sama dan dari
rumah beliau telah keluar ulama-ulama yang membawa panji Rasulallah ke
suluruh pelosok permukaan bumi.
Murid beliau tersebar di banyak negara
seperti, di India, Pakistan, Afrika, Eropa, Amerika, apa lagi di Asia
yang merupakan orbit dakwah sayid Muhammad Almaliki, ribuan murid-murid
beliau yang bukan hanya menjadi kyai dan ulama, akan tetapi tidak
sedikit dari murid beliau yang masuk ke dalam pemerintahan. Di samping
pengajian dan taklim yang rutin dilakukan setiap hari, beliau telah
mendirikan pondok yang jumlah santrinya tidak sedikit, semua berdatangan
dari seluruh penjuru dunia, belajar, makan, dan minum tanpa dipungut
biaya sepeser pun bahkan beliau memberikan beasiswa kepada para santri
sebagai uang saku. Setelah beberapa tahun belajar para santri
dipulangkan ke negara-negara mereka untuk menyiarkan agama.
Sayid Muhammad Almaliki dikenal sebagai
guru, pengajar dan pendidik yang tidak beraliran keras, tidak
berlebih-lebihan, dan selalu menerima hiwar dengan hikmah dan mauidhah
hasanah. Beliau ingin mengangkat derajat dan martabat Muslimin menjadi
manusia yang berperilaku baik dalam muamalatnya kepada Allah dan kepada
sesama, terhormat dalam perbuatan, tindakan serta pikiran dan
perasaannya. Beliau adalah orang cerdas dan terpelajar, berani dan jujur
serta adil dan cinta kasih terhadap sesama. Itulah ajaran utama Sayyid
Muhammad bin Alwi Almaliki, beliau selalu menerima dan menghargai
pendapat orang dan menghormati orang yang tidak sealiran dengannya atau
tidak searah dengan thariqahnya.
Dalam kehidupannya beliau selalu
bersabar dengan orang-orang yang tidak sependapat dengan pemikirannya
atau dengan alirannya. Semua yang berlawanan diterima dengan sabar dan
usaha menjawab dengan hikmah dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan
kenyataan dan dalil-dalil yang jitu bukan dengan emosi dan pertikaian
yang tidak bermutu dan berkesudahan. Beliau tahu persis bahwa kelemahan
Islam terdapat pada pertikaian para ulamanya dan ini memang yang
diinginkan musuh Islam.
Di samping menguasai bahasa Arab, para
muridnya menguasai ilmu-ilmu agama yang cukup untuk dijadikan marja’ dan
referensi di negara-negara mereka. Pada akhir hayatnya yang berkenaan
dengan adanya kejadian teroris di Saudi Arabia, beliau mendapatkan
undangan dari ketua umum Masjidil Haram Syeikh Sholeh bin Abdurahman Al
Hushen untuk mengikuti “Hiwar Fikri” di Makkah yang diadakan pada tg 5
sd 9 Dhul Q’idah 1424 H dengan judul “Al-qhuluw wal I’tidal Ruya
Manhajiyyah Syamilah”, di sana beliau mendapat kehormatan untuk
mengeluarkan pendapatnya tentang thatarruf atau yang lebih poluler
disebut ajaran yang beraliran fundamentalists atau extremist. Dan dari
sana beliau telah meluncurkan sebuah buku yang sangat popular dikalangan
masyarakat Saudi yang berjudul “Alqhuluw Dairah Fil Irhab Wa Ifsad
Almujtama”.
Dari situ, mulailah pandangan dan
pemikiran beliau tentang da’wah selalu mendapat sambutan dan penghargaan
masyarakat luas. Pada tanggal 11/11/1424, beliau mendapat kesempatan
untuk memberikan ceramah di hadapan wakil raja Amir Abdullah bin Abdul
Aziz yang isinya beliau selalu menggarisbawahi akan usaha menyatukan
suara ulama dan menjalin persatuan dan kesatuan dakwah. Di samping tugas
beliau sebagai da’i, pengajar, pembibing, dosen, penceramah dan segala
bentuk kegiatan yang bermanfaat bagi agama, beliau pula seorang pujangga
besar dan penulis unggul.
Menurut Habib Abdurahman A Basurrah,
wakil sekjen Rabithah Alawiyah yang lama mukim di Arab Saudi, di
Indonesia di antara murid-murid Al-Maliki banyak yang menjadi ulama
terkenal dan pendiri dari berbagai pesantren. Murid-muridnya itu antara
lain:
- Habib Abdulkadir Alhadad, pengurus Al-Hawi di Condet, Jakarta Timur
- Habib Hud Baqir Alatas, pimpinan majelis taklim As-Shalafiah
- Habib Saleh bin Muhammad Alhabsji
- Habib Naqib Bin Syechbubakar yang memimpin majelis taklim di Bekasi
- Novel Abdullah Alkaff yang membuka pesantren di Parangkuda, Sukabumi.
- KH Abdurahman Nawi, yang kini memiliki tiga buah madrasah/pesantren masing-masing di Tebet, Jakarta Timur, dan dua di Depok.
- KH Ihya Ulumuddin yang memiliki pesantren di Batu, Malang. Demikian pula Pesantren Riyadul Solihin di Ketapang (Probolinggo), dan Pondok Pesantren Genggong, juga di Probolinggo.
- KH Abdul Wahid Zuhdi, Wakil Rois Syuriyah PWNU Jateng
Keturunan
Beliau wafat meninggalkan 6 putra, yaitu:
- Ahmad
- Abdullah
- Alwi
- Ali
- Al Hasan
- Al Husen
- dan beberapa putri-putri
Jasa dan Karya Beliau
Buku
Sayyid Muhammad merupakan seorang
penulis prolifik dan telah menghasilkan hampir seratus buah kitab.
Beliau telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang, social
serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan
perintis kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku
teks di Institusi-institusi Islam di seluruh dunia. Tidak sedikit dari
kitab-kitab beliau yang beredar telah diterjemahkan kedalam bahasa
Inggris, Prancis, Urdu, Indonesia dll.
Kita sebutkan sebahagian hasilnya dalam pelbagai bidang :
Aqidah
- Mafahim Yajib an Tusahhah
- Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus
- At-Tahzir min at-Takfir
- Huwa Allah
- Qul Hazihi Sabeeli
- Sharh ‘Aqidat al-‘Awam
- MAFAHIM YAJIB AN TUSHOHHAH (Faham-Faham Yang Harus Diluruskan)
Tafsir
- Zubdat al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an
- Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’la
- Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran
- Hawl Khasa’is al-Quran
Hadits
- Al-Manhal al-Latif fi Usul al-Hadith al-Sharif
- Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith
- Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi
- Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik
Sirah
- Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) al-Insan al-Kamil
- Tarikh al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah
- ‘Urf al-Ta’rif bi al-Mawlid al-Sharif
- Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah
- Al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah
- Zikriyat wa Munasabat
- Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra
Usul
- Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh
- Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh
- Mafhum al-Tatawwur wa al-Tajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah
Fiqih
- Al-Risalah al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa ‘Alamiyyatuha
- Labbayk Allahumma Labbayk
- Al-Ziyarah al-Nabawiyyah bayn al-Shar‘iyyah wa al-Bid‘iyyah
- Shifa’ al-Fu’ad bi Ziyarat Khayr al-‘Ibad
- Hawl al-Ihtifal bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif
- Al-Madh al-Nabawi bayn al-Ghuluww wa al-Ijhaf
Tasawwuf
- Shawariq al-Anwar min Ad‘iyat al-Sadah al-Akhyar
- Abwab al-Faraj
- Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar
- Al-Husun al-Mani‘ah
- Mukhtasar Shawariq al-Anwar
Lain-lain
- Fi Rihab al-Bayt al-Haram (Sejarah Makkah)
- Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis)
- Nazrat al-Islam ila al-Riyadah (Sukan dalam Islam)
- Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah)
- Ma La ‘Aynun Ra’at (Butiran Syurga)
- Nizam al-Usrah fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam)
- Al-Muslimun Bayn al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman)
- Kashf al-Ghumma (Ganjaran Membantu Muslimin)
- Al-Dawah al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan)
- Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan)
- Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah)
- Usul al-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi)
- Nur al-Nibras fi Asanid al-Jadd al-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas)
- Al-‘Uqud al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawi)
- Al-Tali‘ al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
- Al-‘Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
Kitab-kitab di atas adalah karya
As-Sayyid Muhammad yang telah dihasilkan dan diterbitkan. Terdapat
banyak lagi kitab yang tidak disebutkan dan juga yang belum dicetak.
Karier Mengajar
Penggunaan kata karier sebenarnya
mungkin tidak sesuai untuk digunakan untuk menggambarkan aktivitas
mengajar As-Sayyid Muhammad, karena kata ini amat hampir kaitannya
dengan keuntungan material. Sementara beliau, seperti mana Masyaikh
tradisi yang lain, juga seperti para pendahulu beliau, mengajar hanya
kerana Allah dan tidak mengharapkan keuntungan material langsung.
Malahan, beliau menempatkan sejumlah
besar pelajar di rumahnya sendiri, menyediakan untuk mereka makan minum,
penginapan, pakaian, kitab-kitab serta segala keperluan mereka. Sebagai
balasan, mereka hanya diminta mengikuti peraturan dan etika penuntut
ilmu agama yang suci. Pelajar-pelajar ini biasanya menetap bersama
beliau bertahun-tahun lamanya, mempelajari pelbagai cabang ilmu Islam,
dan seterusnya kembali ke negeri masing-masing. Ratusan dari para
pelajar telah menuntut di kaki beliau dan telah menjadi pelopor
pengetahuan Islam dan kerohanian di negara mereka, terutamanya di
Indonesia, Malaysia, Mesir, Yaman dan Dubai.
Bagaimanapun apabila pulang dari
Al-Azhar, beliau dilantik sebagai Profesor Pengajian Islam di
Universitas Ummul Qura di Makkah, yang mana beliau telah mengajar sejak
tahun 1970.
Pada tahun 1971, setelah bapaknya
meninggal dunia, para ulama Makkah meminta beliau untuk menggantikan
tempat bapanya sebagai guru di Masjidil Haram. Beliau menerimanya,
lantas menduduki kedudukan yang telah diduduki oleh keluarganya lebih
dari seabad. Beliau juga kadang kala mengajar di Masjid Nabi di Madinah.
Kuliah pengajian beliau merupakan kuliah yang paling ramai dihadiri di
Tanah Haram.
Beliau juga mengajar kitab-kitab agung
Hadith, Fiqh, Tafsir dan tasawwuf di rumah dan masjidnya di Jalan
Al-Maliki di Daerah Rusayfah, Makkah. Kuliah-kuliah umumnya antara waktu
Maghrib dan Isyak dihadiri tidak kurang daripada 500 orang setiap hari.
Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki amat
dihormati oleh Kerajaan Arab Saudi dan selalu diminta nasihat dari Raja
sendiri dalam urusan-urusan yang penting. Beliau juga dilantik sebagai
ketua juri dalam Musabaqah Qur’an antarabangsa di Makkah selama tiga
tahun berturut-turut.
Kisah Teladan Beliau
Kisah Seputar Wafatnya Beliau
Sebelum meninggal, kata Gus Rouf (Abdul
Rouf), putra KH Maemun Zubair yang masih menjadi santri Sayid Muhammad,
ulama terkemuka di Makkah itu seolah-olah tahu akan dipanggil Sang
Khalik. Buktinya beberapa jam sebelumnya Sayid sempat mengumpulkan para
santri dan memberikan wejangan. Pengasuh Pondok Pesantren Futuhiyyah,
Suburan Mranggen, KH Hanif Muslih Lc melalui telepon internasional
kepada Suara Merdeka menjelaskan, Sayid Muhammad wafat sekitar pukul
04.00 (Waktu Arab Saudi). “Yang sangat luar biasa, beliau wafat hari
Jumat di bulan suci Ramadan,” katanya.
Kamis malam, sehari sebelum wafat, para
kiai dipimpin KH Abdul Wahid Zuhdi (Gus Wahid) Bandungsari, Ngaringan,
Grobogan, bermaksud silaturahmi ke kediaman Sayid. Namun, menurut salah
seorang santrinya, Abdul Rouf (Gus Rouf) Sayid tengah pergi ke suatu
tempat yang dirahasiakan. Gus Rouf adalah putra KH Maemun Zubair yang
telah menjadi santri kepercayaan Sayid Muhammad di Makkah beberapa tahun
lamanya. Gus Wahid sendiri pernah menjadi santri Sayid selama tiga
tahun sebelum pulang memimpin pondok di Bandungsari, Grobogan.
Kegiatan lain
As-Sayyid Muhammad merupakan seorang
pembimbing kepada ajaran dan kerohanian Islam yang sebenar dan telah
bermusafir ke serata Asia, Afrika, Eropah dan Amerika, menyeru manusia
ke arah kalimah Allah dan Rasul terakhir-Nya Muhammad Sallahu Alaihi
Wassalam.
Di Asia Tenggara Khususnya, As-Sayyid
Muhammad secara peribadi telah mengasaskan dan membiayai lebih 70 buah
Sekolah Islam. Sejumlah besar penganut Kristian dan Budha telah memeluk
Islam di tangannya hanya setelah melihat Nur Muhammad yang bersinar di
wajahnya. Ke mana saja beliau pergi, para pemimpin, ulamak dan
masyarakat di tempat tersebut akan menyambutnya dengan penuh meriah.
Beliau seringkali memberi ceramah kepada ratusan ribu manusia.
Beliau amat disayangi dan dicintai oleh
Muslimin di seluruh dunia, bukan saja karena beliau keturunan
Rasulullah, tetapi juga kerana ilmunya yang luas, hikmahnya, akhlak
serta watak rohaninya. Beliau juga amat terkenal amat pemurah dengan
ilmu, kekayaan dan masanya.
Pendekatan
As-Sayyid Muhammad mengikuti dan
menyelusuri tradisi arus utama Islam, jalan Ahlu Sunnah Waljamaah, jalan
toleransi dan sederhana, pengetahuan dan kerohanian. Beliau percaya
kepada prinsip berpegang dengan empat mazhab yang masyhur, tetapi tanpa
fanatik. Beliau mengajar rasa hormat kepada ulama dan Awliya agung.
Beliau menentang sikap
sewenang-wenangnya mengatakan Muslim lain sebagai Kafir dan Musyrik,
yang telah menjadi tanda dan sifat utama sebahagian faham hari ini.
Beliau amat menentang dan kritis terhadap mereka yang digelar reformis
(Islah) abad ke-20 yang dengan mudah ingin menghapuskan Islam generasi
terdahulu menggunakan nama Islam yang suci.
Beliau juga memahami bahawa mencela ke
semua Ash’ari, atau kesemua Hanafi, Syafi’e dan Maliki, kesemua sufi,
seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian faham hari ini adalah sama
dengan mencela keseluruhan umat Islam ribuan tahun yang lampau. Sayyid
Muhammad juga amat mempercayai bahawa ulama-ulama Mazhab yang agung,
mengikuti Sunni-Sufi, sejak beratus tahun yang lalu, adalah penghubung
kita kepada Al-Quran dan Assunnah, dan bukanlah penghalang antara
keduanya dengan kita, seperti yang dipercayai sesetengah pihak.
Kefahaman yang benar berkenaan Al-Quran
dan Sunnah ialah kefahaman yang berasaskan tafsiran para ulama agung
Islam, dan bukan dengan sangkaan para ekstrimis zaman moden ini yang
tidak berfikir dua kali sebelum mencela mayoritas Muslim di seluruh
dunia. Sayyid Muhammad juga berpendapat sebagian besar umat ini adalah
baik. Kumpulan-kumpulan kelompok kecil yang fanatiklah yang perlu
mengkaji lagi faham ekstrim mereka.
Sayyid Muhammad merupakan pendukung
sebenar Sufi yang berasaskan Syariah, Sufi para Awliya’ agung dan
solehin umat ini. Beliau sendiri merupakan mahaguru kerohanian di
tingkat yang tertinggi, berhubungan dengan kebanyakan peraturan
kerohanian Islam, melalui para Masyaikh Tariqah yang agung.
Beliau turut mempercayai bahawa membaca
Zikir, dapat dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan, adalah
bahagian penting dalam kerohanian seseorang. Semua pelajarnya dimestikan
bertahajjud dan membaca wirid pagi dan petang.
Sayyid Muhammad juga beranggapan, ummat
Islam perlu menggunakan segala hasil yang ada untuk meningkatkan taraf
umat mereka dari sudut kerohanian, masyarakat dan juga material, dan
tidak membuang waktu yang berharga dengan perkara-perkara kecil. Beliau
percaya Muslim tidak seharusnya mencela satu sama lain dalam perkara
yang telah diselisihkan oleh para ulama. Mereka sebaliknya perlu
bergandeng tangan bersama untuk memerangi apa yang telah disepakati
sebagai kejahatan dan dosa.
Pandangan dan pendirian Sayyid Muhammad
ini digambarkan dalam tulisannya yang terkenal, MAFAHIM YAJIB AN
TUSHOHHAH (Faham-Faham Yang Harus Diluruskan), sebuah buku yang mendapat
penghargaan meluas di seluruh dunia Islam dan diiktiraf tinggi di
lingkaran para ulama.
Hubungan dengan Pesantren Langitan
Pesantren Langitan, Widang, Tuban adalah
salah satu pesantren tua di Indonesia yang mana diasuh oleh KH Abdullah
Faqih. Sebagaimana para kiai tempo dulu, KH Abdullah Faqih juga pernah
tinggal di Makkah, Arab Saudi. Di sana ia belajar kepada Sayyid Alawi
bin Abbas Al Maliki, ayahnya Sayid Muhammad bin Alwi Al-Maliki. Rupanya
selama di Arab Saudi Faqih punya hubungan khusus dengan Sayid Muhammad
bin Alwi Al-Maliki. Buktinya, setiap kali tokoh yang amat dihormati
kalangan kiai di NU itu berkunjung ke Indonesia, selalu mampir ke
Pesantren Langitan. “Sudah 5 kali Sayid Muhammad ke sini,” tambah salah
seorang pengurus Langitan.
Persahabatan dengan KH Muhammad Martain Karim
KH Muhammad Martain Karim atau yang
akrab dengan panggilan Kyai Martain ini pada usia muda dan selama
menjadi santri atau mahasiswa adalah seorang aktivis yang ulet dan haus
akan pengetahuan agama dan hampir semua pelajaran di pesantren telah
beliau dalami, dan yang paling beliau kuasai adalah ilmu fiqh dan nahwu.
Berbagai pesantren besar telah beliau mukimi, dan yang paling lama
adalah Ponpes Tambak Beras dan Ponpes Lasem. Di samping itu, beliau
masih sempat mendapatkan gelar sarjana muda dari Fakultas Tarbiyah
bidang pendidikan agama Islam dari Universitas Sunan Giri Surabaya pada
tahun 1973. Selanjutnya ditengah mulai berkurangnya ulama ahli fiqh
(banyak yang meninggal dan semakin sepuh) kiprah Kyai Martain semakin
besar. Kyai berpenampilan bersahaja ini mengingatkan kita pada sosok KH
Ilyas Ruchiat, KH Sahal Mahfudz, atau KH Ali Ma’shum, ulama fiqh NU di
masa lalu. Dalam jejaringannya, Kyai ini juga bersahabat erat dengan
almarhum Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki Al-Hasani Al Makky, seorang
ulama kharismatik Mekkah yang sangat dihormati di dunia. Mendiang Syech
Al-Maliki dua kali berkunjung ke Pesantren Alhidayah pada tahun 1983 dan
pada tahun 1986 untuk mendukung perjuangan Kyai Martain dalam
dakwah-dakwahnya. Komunikasi beliau dengan Syeh Al-Maliki sangat intens,
baik melalui surat maupun telpon hingga beliau meninggal pada tahun
2003 lalu.
Jenazah Masih Utuh
Makam beliau yang berada di Pekuburan
suci Makkah Al Mukarromah, yaitu MA'LAA di kotak nomor 102 tepatnya
berada di barisan nomor 56 dengan ciri, BATU NISAN nya TEGAK BERDIRI.
Sengaja oleh keluarga beliau, tumpukan dua batu nisan nya tersebut salah
satunya di TEGAK kan, agar mudah dikenali.
Kabar sebelumnya, area kotak nomor 102
ini terbebas dari penggantian atau pemindahan jasad, namun ada juga yang
mengatakan, meski demikian di setiap memasuki tahun ke-1, 2 dan ke-3
nya makam tersebut di buka untuk dilihat penghuninya. Jika masih utuh
maka dibiarkan dan tidak akan diusik lagi hingga seterusnya selamanya.
Area kotak makam nomor 102 ini termasuk
area yang dekat sekali dengan gerbang makam Sayyidah Khadijah binti
Khuwailid r.a, yang tak lain adalah istri tercinta dan pertama Nabiyyina
Muhammad saw.
Pembukaan atau pemeriksaan yang ke-3
makam Sayyid Muhammad ini pihak makam melibatkan atau mengundang
keluarga Sayyid, waktu itu yang diundang adalah putra almarhum yang
bernama Dr. Sayyid Ahmad bin Muhammad yang mana beliau inilah yang
menjadi pengasuh pengganti almarhum. Namun Dr. Sayyid Ahmad tidak bisa
hadir kala itu, maka beliau mewakilkan kepada salah satu sesepuh staf
pengajarnya yaitu Ustad Farid atau Abu Zabibah. Ustadz Farid
menginformasikan bahwa jenazah Sayyid Muhammad bin Alwi Almaliki masih
UTUH.
Al-Fatihah…
Sumber : Wiki Aswaja
Posting Komentar